Thursday, November 25, 2010

Bertegur Menegur Itu Bagus




HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda, 

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. 


Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa. 


Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa ? Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudah memadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud bertegur sapa dan menghapuskan dosa. 


Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya. 


Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, 

عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai. 


Nabi bersabda : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )


Nabi juga bersabda lagi : "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi "( al-Bukhari)


Al-Qaradawi menyebut bahwa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)


WALLAHUALAM

1 comment: