EMAS ketiga negara hadir melalui balingan emas di Dewan Boling Tiang He oleh Alex Liew dan Adrian Ang di Sukan Asia 2010 bagi acara saingan berpasangan lelaki akhir. Mereka telah menewaskan pasukan dari negara Singapura dan Jepun yang mengekori rapat di tempat kedua. Sememangnya balingan emas ini adalah amat berharga buat pasukan Malasyia khususnya dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Di sini aku nak ucapkan untuk korang dengan penuh rasa bangga mengucapkan CONGRATE !! CONGRATE !! CONGRATE !!.
SELEPAS dua hari menunggu, akhirnya 'lubuk emas' kontinjen Malaysia mula mempamerkan potensi sebenar pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
Setelah terlepas dua emas dalam acara individu lelaki dan wanita, skuad boling negara mula menunjukkan belang sebenar mereka.
Semalam, kilauan emas pertama dari acara boling berjaya dihadiahkan menerusi gandingan Alex Liew dan Adrian Ang bagi saingan berpasangan lelaki di Dewan Boling Tian He.
Gandingan negara itu beraksi cemerlang dengan muncul juara pada aksi sebelah pagi apabila merekodkan 2,771 jatuhan pin.
Namun gandingan Singapura, Jason Yeong Nathan dan Remy Ong berjaya mencemaskan seketika kem Malaysia apabila memberi saingan sengit dengan mengumpul 2,691 jatuhan keseluruhan di sebelah petang.
Mujur mereka gagal mengekalkan konsistensi dalam tiga permainan terakhir pada blok keenam.
Jumlah yang dikutip pasangan Singapura itu menyamai jumlah jatuhan pin yang dilakukan Shogo Wada dan Tomokatsu Yamashita dari Jepun pada aksi sebelah pagi, sekali gus menyaksikan wakil dari kedua-dua negara itu berkongsi pingat perak.
Alex berkata, ketika mengetahui gandingan Singapura mula memberikan cabaran sengit, dia dan Adrian mula gementar dan hanya berserah kepada nasib.
"Selepas mengetahui pasangan Singapura telah beraksi dengan baik dan hampir mengejar catatan kami, saya dan Adrian sudah tidak dapat duduk dengan senang.
"Bagaimanapun selepas diberitahu kami menang, perasaannya sungguh lega sekali. Kejayaan ini sememangnya sangat bermakna kerana ia adalah hasil sokongan rakan-rakan dalam pasukan boling negara.
"Kami semua amat rapat dan saling membantu antara satu sama lain dan jurulatih (Holloway Cheah) juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.
"Boleh dikatakan kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan," kata Alex yang mula membuat penampilan sulung di temasya Sukan Asia pada edisi 1998 di Bangkok, Thailand.
Bagi Adrian pula, kejayaan itu adalah hadiah paling manis dalam kariernya kerana dicatat pada penampilan pertamanya di pentas Sukan Asia.
"Tiada kata-kata mampu saya ungkapkan sekarang, hanya mahu berterima kasih kepada semua orang yang terlibat termasuk rakan sepasukan dan jurulatih.
"Pingat emas ini saya tujukan khas kepada seluruh rakyat Malaysia," ujar Adrian.
credit to: KOSMO
TAHNIAH !!
ReplyDelete