Wednesday, January 22, 2014

KEPUTUSAN SENARAI TOP 5 ABPBH 2013 DIUMUMKAN



Undi undi undi undi. Baru je keluar keputusan top 5 ni petang tadi. Undian online boleh buat mulai esok pagi kat laman web abpbh.















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

NASIHAT KUBUR UNTUK MANUSIA YANG HIDUP







Sekadar peringatan dan renungan kita bersama-sama.

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.

7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"


Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.


Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
InsyaAllah..



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

REKEBENTUK KERUSI YANG PELIK DAN UNIK



Antara rekean kerusi yang sangat pelik dan unik untuk dilihat dan digunakan. Itulah yang imaginasi yang telah dilahirkan oleh pembuat kerusi-kerusi ini.Mungkin ini boleh dijadikan sebahgian daripada perabot kegemaran di ruang rumah anda. Siapa tahu kan. Jom kita tengok. 















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, January 19, 2014

KOLEKSI BARANG KEMAS VERSI STAR WARS



Comel je  bila tengok koleksi barang kemas versi star wars ni. Macam-macam bentuk ada mengikut watak-watak popular di dalam filem star wars nih. Agak-agakla kan, kalau nat wat hantaran kahwin boleh tak?? Just kidding. Hehehe.















sumber: JAP



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

REKABENTUK BILIK MANDI YANG UNIK



Rekabentuk bilik air yang sangat ohsemmmm. Dalam satu tiang ada banyak fungsi. Acaner tu? Nak kata pelik memang dah pelik dah. Tu la bila dah fikir di luar kotak fikiran apa-apa benda boleh jadi kan. Apa-apa pon rekabentuk ni memang unik.






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, January 18, 2014

10 PEKERJAAN TAWAR GAJI TERTINGGI DI MALAYSIA




Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.

Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.



Jobstreet.com berkata, kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan.

Graduan baru

Bagi pekerja peringkat pengurusan dan ke atas dan mengkhusus dalam bidang IT, sains dan kejuruteraan, mereka dibayar gaji yang lebih tinggi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian secara purata boleh menjangkakan gaji RM2,100 sebulan yang mana gaji yang ditawarkan untuk golongan itu membabitkan semua industri adalah antara RM1,600 hingga RM3,000.

Menurut Jobstreet.com, sektor farmasi menawarkan gaji tertinggi untuk graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian dengan pendapatan RM3,600 sebulan sebagai gaji permulaan, manakala eksekutif diberi tanggungjawab merangka strategi korporat menduduki tempat kedua dengan gaji asas RM3,200.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu hanya membabitkan gaji pokok dan tidak termasuk faedah lain seperti jumlah kelayakan cuti, faedah perubatan, insurans dan insentif lain.

Portal itu berkata, walaupun doktor muda boleh mencapai gaji sebanyak RM2,700, gaji mereka boleh meningkat dengan pantas kepada kirakira RM3,900 sebulan dengan hanya tiga hingga empat tahun pengalaman.


sumber: Berita Harian



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, January 17, 2014

LANDSKAP AKUARIUM IKAN PALING CANTIK



Bila bercakap tentang akuarium mesti korang fikirkan ikan. Rata-rata akuarium yang ada kat malaysia ini hanya banyak menggunakan kertas lukisan sebagai alternatif untuk menampakkan akuarium ikan diorang 'meriah' seperti di dalam laut atau sesuatu yang menggambarkan di dalam air ditambah dengan barang-barang sampingan seperti batu atau guli dan oksigen sebagai pelengkap dekorasi akuarium.

Di sini ditampilkan antara akuarium yang cantik dan mengkagumkan yang mana merupakan sebahagian daripada pemenang di dalam pertandingan rekabentuk tumbuhan akuatik antarabangsa (IAPLC) akuarium dari seluruh dunia boleh dijadikan sumber inspirasi di dalam menghias dan mendekorasi ruang akuarium supaya tampak lebih segar dan suasana yang lebih 'hidup'. Jom saksikan.


Whisper of the pines, Serkan Çetinkol. Turkey. 2013 IAPLC Top 27

Georgi Chaushev, Bulgaria. 2012 IAPLC Top 100

Pale Wind, Takayuki Fukada. Japan. 2013 IAPLC Gold Prize

Verve!, Chow Wai Sun. Hong Kong. 2011 IAPLC Bronze Prize

Long Tran Hoang, Vietnam. 2012 IAPLC Third Place.

Zhang Jianfeng (CHINA) 2012, 12th IAPLC Grand Prize Work

Pavel Bautin (RUSSIA) 2010, 10th IAPLC Grand Prize Work

Cheng Siu Wai (HONG KONG) 2008, 8th IAPLC Grand Prize Work

Chen You Lin (TAIWAN) 2006, 6th IAPLC Grand Prize Work



sumber: thisiscolossal.com





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, January 16, 2014

SENI LELEHAN LILIN YANG MENGKAGUMKAN




Siapa sangka lelehan dari lilin yang kita gunakan mampu membuat salah satu cabang seni yang mengkagumkan. Itulah yang telah dihasilkan oleh seorang artis dari Indonesia iaitu Ferdi Rizkiyanto yang menggunakan lelehan lilim untuk mengukir bentuk orang yang sedang menaiki sebatang lilin. Jom kita sama-sama kita saksikan didalam penghasilan beliau.






Bagaimana?? cantik bukan?? Makanya kalau anda punyai bakat di dalam seni ukiran ni boleh la membuat ciptaan anda sendiri yer. - SUMBER





KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

BLACKBERRY 9720 SEMPENA TAHUN BARU UNTUK DIMENANGI



Dengan tempahan tiket penerbangan yang ke-100 di Airasia, anda berpeluang untuk memenangi Blackberry 9720. Promo ini bermula dari 20 Disember 2013 sehingga 28 Febuari 2014. Lekas sementara promosi masih berlangsung. Terbanglah bersama AirAsia kerana Everyone Can Fly. 



Untuk keterangan lanjut, boleh la klik SINI  yer. Semoga berjaya.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

TOP 10 FILEM TEMPATAN TERLARIS DI MALAYSIA 2013




Berikut merupakan top 10 filem-filem tempatan yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang tayangan di tahun 2013. Walaupun kutipan tidaklah sekencang kutipan filem-filem antarabangsa yang lain tapi perkara ini tidak boleh diambil mudah oleh penggiat seni negara supaya memantapkan lagi skill lakonan dan persembahan mutu perfileman tempatan setaraf dengan filem-filem antarabangasa yang lain.


1- HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT - RM5.89 JUTA




2-KL GANGSTER 2 - RM4.96 JUTA




3-THE WEDDING DIARY 2 (MANDARIN) - RM4.61 JUTA




4-ONCE UPON A TIME (KANTONIS) - RM4.61 JUTA




5-ROCK OO - RM3.95 JUTA




6-ADNAN SEMPIT 3 - RM3.94 JUTA




7-HIGHLAND TOWER - RM3.52 JUTA




8-KL ZOMBIE - RM2.95 JUTA




9-USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG - RM2.88 JUTA




10-JUVANA - RM2.86 JUTA




sumber: FINAS



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...