Wednesday, August 28, 2013

AROMA COKLAT GALAK MEMBACA LEBIH LAMA






Menurut sebuah penyelidikan di Belgium, aroma coklat boleh meningkatkan keseronokan seseorang untuk membaca buku dengan lebih lama dan membeli buku. 

Selain mempengaruhi hasrat seseorang, aroma ini juga mempengaruhi jenis buku yang dibeli. Terbukti dengan menggunakan aroma coklat di sebuah kedai buku, peningkatan penjualan yang mencapai 40 peratus.

Melalui kajian tersebut, mereka yang menghidu aroma tersebut cenderung untuk memilih buku-buku resipi dan novel romantik. Namun, aroma ini tidak pula memikat seseorang untuk membeli buku-buku sejarah mahupun seram.

Setidak-tidaknya, aroma coklat boleh meningkatkan minat seseorang pada buku. Dengan kata lain, anda juga boleh memanfaatkan aroma coklat ini untuk motivasi dan menemani anda membaca buku kesayangan ataupun duduk lebih lama di perpustakaan.


HANA TAJIMA?? BUKAN ITU SHILA AMZAH



Nice !! Sekali pandang tadi aku ingatkan Hana Tajima blogger fesyen terkenal tu. Rupanya Shila Amzah. Yelah tengok pon ada gaya-gaya macam Hana Tajima jugak kan. Apa-apa pun memang nampak stylista !!





5 SEBAB MINUM AIR PUTIH SEBAIK BANGUN TIDUR






Salahsatu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada pagi hari setelah bangun tidur. Ini adalah sebab-sebabnya:

Seimbangkan sistem buah pinggang
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.

Kulit lebih berseri
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.

Melangsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolissme tubuh sebanyak 24 peratus.

Menambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

Membersihkan usus 
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudianya.


Tuesday, August 27, 2013

TEMPAT TIDUR KUCING YANG MODEN KONTEMPORARI




Kepada peminat-peminat kucing pastinya menginginkan tempat tidur sang meow kesayangan yang selesa. Berikut merupakan antara contoh tempat tidur kucing yang moden dan kontemporari yang boleh anda jadikan inspirasi menukar tempat tidur kucing kesayangan anda.













Monday, August 26, 2013

PROMOSI TAMBANG MURAH AIRASIA KEMBALI




Silakan membuat tempahan penerbangan anda masih murah ni. Maklumat lanjut boleh lah melayari laman sesawang AirAsia di SINI.





EVERYONE CAN FLY

KELAKAR MAMAT TERSANGKUT KEPALA CELAH PAGAR RUMAH




Serius kelakar tengok video ni. Bukan apa, masa kecik-kecik dulu aku pun penah tersangkut kepala kat celah-celah pagar macam ni.Masuk boleh tapi bila nak tarik keluar susah pulak.Hahahaha

Friday, August 23, 2013

CARA MUDAH GULUNG WAYAR EARPHONE




Salam jumaat kepada semua pembaca. Baiklah, hari ini Admin ingin berkongsi satu artikel yang menarik mengenai cara untuk mengulung wayar earphones mp3 atau telefon dengan mudah dan kreatif. Wayar earphones yang tidak digulung dengan betul mungkin boleh meyebabkan kerosakan atau earphones tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, mari kita lihat gambar mengenai cara - cara untuk menggulung wayar earphones dengan kreatif.















p/s : Sekadar perkongsian, kelihatan kemas kan? Tapi yang penting untuk memudahkan penggunaan earphones dalam aktiviti harian anda dengan cara yang kreatif.

sumber : SINI


SHAHRUL RIZWAN PELAKON BARU GANTI AARON AZIZ



Antara pelakon baru yang boleh menggantikan Aaron Aziz, pakej dah lengkap, hensem, badan sasa, lakonan boleh diperbaiki dan antara produk yang dihasilkan oleh jejaka ini seperti drama Kabin Tepi Tasik, Drama Hujan dan iklan SG Men.  Dia juga adalah merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja. Nampaknya ramai pelapis baru lelaki dalam bidang lakonan yang boleh dihiasi dalam drama dan filem tempatan, tetapi peliknya mana pi pelakon2 pelapis wanita?





So korang rasa macam mana? Semoga beliau sukses pada bidang yang diceburi masa hadapan. Jangan harapkan je muke encem, macho, gagah dan perkasa tapi lakonan hampeh. Good luck bro!!


Thursday, August 22, 2013

IMAM NAFI CIUM MULUT CUMA LAGA PIPI



PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.




Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

Wartawan sedang menemu bual Mokhtar (kanan) Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.



Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.

“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya. “Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.

Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.

“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan. “Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat. Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.

Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.

“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang. “Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.

“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya.


sumber: Sinar Harian, medantempurkedah.blogspot.com


Wednesday, August 21, 2013

POKOK KAKTUS SEMBELIH WANITA CANTIK


Kaktus sembelih Wanita Cantik. Gambar kaktus sembelih wanita ini kelihatan sangat mengerikan bila leher wanita ini ditusuk oleh pokok kaktus. Apa pun kejadian yang berlaku disebalik gambar ini dapat kita jadikan sebagai pengajaran supaya berhati-hati dan berwaspada walau dimana jua kita berada.







Pokok kaktus kelihatan cantik bila dibuat perhiasan cuma kejadian ini mungkin terjadi secara kebetulan ataupun wanita itu sengaja dibunuh oleh seseorang dengan menggunakan pokok kaktus agar lebih menderita.Admin sendiri tidak tahu apa rahsia disebalik gambar ini.


BAS LAMA DIUBAHSUAI JADI RUMAH YANG CANTIK



Dua orang sahabat baik dari Israel telah membeli sebuah bas lama dan mengubahsuai bas ini menjadi sebuah kediaman yang cantik dan bergaya. Terasa kekaguman apabila bas yang buruk bertukar menjadi sebuah kediaman bergerak yang sangat cantik dan selesa.


















PASAR PALING BERBAHAYA DI DUNIA



Sekilas, Pasar Maeklong di Thailand kelihatan sama seperti pasar tradisional yang lain, menjual buah dan sayur-sayuran. Tapi ternyata, pasar ini adalah yang paling berbahaya di dunia. Bayangkan, tapak dagangannya cuma 2 cm dari rel keretapi.

Pasar Maeklong atau yang juga biasa dikenali dengan nama Pasar Kereta Api Maeklong adalah pasaran tradisional di Samut Songkhram, Thailand. Pasar ini dikenali sebagai yang paling berbahaya di dunia. Bukan kerana barang yang dijualnya, tapi kerana lokasinya yang sangat dekat dengan landasan kereta api.






Sebenarnya, sudah berkali-kali kerajaan tempatan berusaha mengusir para pedagang. Tapi apa boleh buat, penjual di pasar ini mengaku mereka sudah menduduki tempat ini lebih dulu jauh sebelum rel dibuat, iaitu pada tahun 1905.

Setiap harinya, pasar ini akan dilalui kereta sebanyak 7 kali. Pagi hari ada 4 keretapi yang melalui pasar ini, dan selebihnya siang dan petang hari. Para pedagang seperti sudah hafal dengan jadual perjalanan keretapi ini. Jadi, mereka sudah bersedia untuk merapikan khemahnyanya. Adakah anda berani berbelanja di pasar ini?



sumber : tabekpuang.blogspot.com