Sapa-sapa yang nak kan kelainan dalam bermain snooker tu boleh lah main kat meja snooker bentuk pisang. Sangat rare ok. Meja berbentuk pisang ini telah direka oleh pereka dari British iaitu Cleon Daniel. Menurut pemuda berumur 25 tahun ini idea tersebut timbul ketika dia dalam perjalanan pulang menaiki keretapi.
Wednesday, May 22, 2013
Tuesday, May 21, 2013
SEJARAH NASI LEMAK
Semua penah makan nasi lemak? Mane datang nasi lemak ni. Sape yg cipta? Mari sama-sama kita baca, SEJARAH NASI LEMAK.
Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama mak kuntum dan seri. Suami mak kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sebab itu mak kuntum terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, mak kuntum keluar untuk mencari pelanggan.
Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian seri mendapat idea. Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.
Pada waktu tengahari, mak kuntum pulang kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. “Apa kau masak ni, seri?” Jawapan seri : “Nasi le! Mak!” jawab seri berulang kali. Mak kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”.
Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI LEMAK.
Wednesday, May 8, 2013
GRAFITI ATAS JALAN RAYA YANG KREATIF
Kalau kat Malaysia, seni grafiti ni kita bole tengok kat tepi2 dinding dan bentuknye lebih kepada tulisan. Tetapi kat negara luar, seni ini telah berubah kepada atas jalan raya pula. Memang nampak cantik dan menarik kalau kena dengan tempatya. agak-agak kalau kat malaysia lepas tak buat macam ni??? Hihihihi