Wednesday, October 31, 2012

PORTAL UTHM DUDUKI RANKING PERTAMA ANTARA IPTA








Setelah mendapat pengiktirafan status lima bintang dalam Malaysia Government Portals and Websites Assesment 2011 (MGPWA2011) pada tahun lalu, Portal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya menduduki ranking pertama dalam Penilaian Laman Web dan Portal Agensi Kerajaan kategori institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi tahun 2012.

Penilaian Prestasi yang dilakukan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) sebelum ini melibatkan 20 buah universiti awam. Daripada jumlah tersebut, UTHM berkongsi kedudukan ranking pertama dengan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Utara Malaysia, di samping berjaya mengekalkan taraf lima bintang sama seperti tahun lalu. Manakala di peringkat penilaian portal di Malaysia pula daripada 554 portal yang dinilai, UTHM berada di ranking ke 9 berbanding tahun sebelumnya di ranking ke 10.

UTHM sebelum ini adalah antara 10 agensi yang telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyertai program Mentor Mentee KPT bagi membantu agensi-agensi di bawahnya melakukan penambahbaikan dan peningkatan rating laman web masing-masing.

Justeru, bermula bulan April lalu UTHM telah membantu beberapa agensi di bawahnya dengan mengadakan pertemuan melalui bengkel, pemantauan online secara berkala dan perbincangan serta penyelesaian masalah menerusi email dan juga telefon. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila kesemua mentee di bawah pemantauan UTHM menunjukkan peningkatan prestasi dalam Penilaian Laman Web dan Portal Agensi Kerajaan yang diadakan pada kali ini.

Dalam usaha memudah cara segala urusan dan tadbir urus universiti melalui kemudahan ICT, portal UTHM dilengkapi dengan ciri-ciri mesra pengguna. Para pengguna yang terdiri daripada kelompok pelajar, pentadbir, ibu bapa mahupun pelanggan luar akan memperoleh maklumat yang berkaitan kepentingan masing-masing secara mudah dan cepat.

Manakala bagi pengguna luar pula mereka boleh melayari aplikasi online seperti permohonan kemasukan dan semakan permohonan, jawatan kosong serta Sistem Saluran Aduan dan Cadangan Dalaman (SACAD) untuk memudahkan urusan masing-masing. Selain itu, Portal UTHM juga turut dimuatkan dengan rangkaian laman sosial facebook dan twitter agar para pengguna dapat berinteraksi dengan lebih mudah.

Pada ketika ini portal UTHM amat membantu warga kerjanya mencapai segala maklumat berkaitan rekod peribadi secara menyeluruh seperti rekod cuti, latihan dan kursus, penerbitan dan penyelidikan dan sebagainya melalui satu sistem yang dikenali sebagai Total Campus Integrated System (TCIS).

Manakala bagi pelajar, Sistem Maklumat Akademik Pelajar (SMAP) pula amat membantu dalam melicinkan urusan rekod akademik, pengajaran dan pembelajaran mereka serta memudahkan interaksi bersama penyelia masing-masing.

Portal UTHM juga diperhebatkan dengan pelbagai kandungan audio visual menarik yang disalurkan oleh University Campus Interactive TV (UCiTV) yang memaparkan pelbagai rakaman video aktiviti akademik dan program-program anjuran universiti. Kemampuan yang dimiliki oleh UCiTV ini juga membolehkan pengunjung portal dari seluruh dunia menyaksikan acara-acara utama UTHM secara langsung melalui laman web UTHM yang beralamat di www.uthm.edu.my.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, October 24, 2012

CIKGU TADIKA GILA KAT CHINA LEMPANG BUDAK




Kesian budak-budak tu kena lempang dengan cikgunya !! Adoi !!






KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

WORDLESS WEDNESDAY : TOP 4 WISHES








KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

LUKISAN 3 DIMENSI ATAS KERTAS PALING MENAKJUBKAN




Memang berbakat betul Ramon Bruin ni melukis dalam 3 dimensi. Memerlukan daya kekreatifan yang paling tinggi untuk menghasilkan sebegini hebat bagi menampakkan lukisan tersebut nampak seperti hidup. Cantik kan?? Kau hadooo?? hehehe















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

KAKI KOMPUTER YANG SERIUS PENGOTOR




Bayangkan kehidupan dalam bilik anda seperti dalam gambar di bawah ini?? Serius mimpi ngeri kan. Ada jugak ek manusia-manusia yang jenis pemalas yang sanggup hidupnya disekelilingi sampah sarap. Memang hidupnya 24 jam seminggu mengadap komputer aje. Pengotor betul !!










KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, October 18, 2012

MELISSA TH'NG WAKILI MALAYSIA DALAM ASIA NEXT TOP MODEL 2012




Melissa Th'ng akan mewakili Malaysia dalam Asia Next Top Model 2012 pada tahun ni selepas berjaya di dalam pusingan awal untuk masuk 14 peserta akhir untuk bergelar Asia Top Next Model. Program ini akan bersiaran langsung pada 4 November 2012 ini di saluran STAR WORLD CHANNEL 501 dan akan di host kan oleh Nadya Hutagalung iaitu seorang model, VJ MTV Asia dan juga peguambela Alam Sekitar. Harap Melissa Th'ng mampu memberikan saingan yang terbaik di mana Malaysia juga mempunyai model yang bertaraf antarabangsa. Good Luck !!









enjoy !!



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

LUKISAN DINDING RUMAH PALING COOL




Selalunya bila dah dapat duduk rumah baru, mesti korang tak tahu nak letak apa kat dinding rumah korang kan? Kalau tak letak bingkai gambar mesti korang biarkan kosong je kan. kat sini seorang artis seni lukisan dari Britain Charlotte Mann telah membuat sesuatu yang sangat unik dan lain dari yang lain dengan melukis dinding rumah dengan lukisan mural yang sangat unik dan cantik mengisi ruang dinding rumah. Jom tengok !
















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

GOOGLE PAMERKAN LAPAN PUSAT DATA YANG KUASAI DUNIA DALAM TALIAN





Google telah diberi gambaran yang jarang berlaku di dalam pusat data yang luas di seluruh dunia dengan kuasa perkhidmatan. Mereka mendedahkan maze rumit komputer dengan proses permintaan pencarian Internet, seperti menunjukkan klip video YouTube dan mengedarkan e-mel untuk berjuta-juta orang. Dengan beratus-ratus ribu pelayan, kabel berwarna-warni dan juga basikal dijadikan kenderaan untuk jurutera supaya boleh bergerak dengan dengan cepat, pada asalnya pusat data ini adalah daripada sebuah kilang kertas ditukar di Finland untuk ladang pelayan adat dibuat di Iowa. Ohsem kan??

















KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

TARIAN KANGGARU TERBARU DARI PSY








SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.

Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.

Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan. Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7. 

Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda. Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.

"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain. "Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.

Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut. Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, October 17, 2012

LELAKI INDONESIA AMBIL RISIKO BEKERJA LOMBONG TOKSIK SULFUR






Ini adalah lelaki-lelaki yang membahayakan nyawa mereka dengan bekerja di perlombongan toksik sulfur dari dalam gunung berapi hidup - untuk hanya £ 3 hari. Mereka mungkin tidak mencapai 30, selepas menghabiskan sehingga 12 jam pada satu masa dikelilingi oleh garau asap, hanya beberpa meter dari tasik yang dipenuhi dengan asid. Sekitar 200-pemuda berani bekerja keras di atas lantai kawah Gunung Berapi Ijen di Indonesia.














KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...