Ahad lepas aku join Live Great Eastern Run 2012 yang telah dijalankan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur. Pengalaman yang sangat best walaupun pada pagi sebelum nak pergi venue pertandingan kat Matrade hampir tersesat. Maklumlah jalan kat kolompu ni banyak sangat simpang siur. Nasib baik ada GPS menolong dari terus ke jalan kesesatan. Eh! Kalau tak memang tak dapat la nak join kan. Hahaha.
Sampai je kat sana..fuhhh....ramai tol orang yang join larian nih. Aku pon apa lagi, bertambah semangat la nak lari. Lepas tukar baju dan wat streching sikit...pergi la ke tempat permulaan. Sampai kat tempat permulaan lagi la aku terkejut...kat situ dah ramai orang berkumpul sbelum nak berlari. Aku?? Terpaksa amek kedudukan paling belakng sekali. Adoi..sabor jelah.
Tepat jam 7.00pagi..maka larian pon bermula untuk kategori 12km lelaki dan wanita. Aku yang kat belakang sekali tu...duk jalan je la sbelum smpi kat depan tu..memang tak bole nak lari...sesak sangat. Then, bila dah lepas pintu gerbang permulaan, aku apa lagi..mcm lipas kudung lari ke depan. Elak sana elak sini. Dugaan betul. Macam nak main langgar je. tapi tu la..kesabaran masih kuat dalam diri ini. Chewwahhhh. Lari punya lari smapi 5 km pertama...baru rasa selesa sikit sebab dah tak banyak orang. Pancit letew..haha
Larian Live Great Eastern ni unik sikit sebab masa lari tu, nanti kitorang akan jumpa 2 halangan berbeza. Pertama akan jumpa penghadang jalan dan pelari-pelari kena lompat atau melangkah untuk melepasi halnngan tu dan halangan kedua adalah penghadang jalan yang bersimpang siur. So far masa aku lari tak perlu nak rebut-rebut sebab tak ramai orang..so xyah nak gelojoh sangat kan. Akan tetapi cabaran yang paling dalam larian kali ini adalah jalannya yang berbukit. Fuhhhh...memang penat giler time lari naik bukit. Kalau training tak cukup kuat memang jalan kaki lah jawabnya.
So, dengan semangat kental membara, akhirnya dapat juga aku habiskan larian ni dengan jayanya dengan mendapat di kedudukan ke-45 dari 1735 dlm kategori lelaki terbuka dan berada di kedudukan ke-88 dari keseluruhan peserta yang join. Difahamkan dalam larian Live Great Eastern ni jumlah peserta yang join adalah 2155 orang. Memang ramai la kan. Alhamdulilllah, walaupun tak dapat top 10 tapi aku berbangga dengan keputusan catatan masa yang aku buat. Kepuasan dalam berlari itu sangat sukar digambarkan apabila berjaya menamatkan larian sepanjang 12km ni.
InsyaAllah, kalu ada event lagi anjuran Syarikat Great Eastern ini..pasti akan join lagi.
|
Nak tau aku kat mana masa mula nak lari?? Belakang sekali ok...amek kau !! |
|
Keputusan larian. Alhamdulillah lepas target top 50..ngee2 |
|
Medal larian *pandangan depan* |
|
Medal larian *pandangan belakang* |
|
MATRADE...tempat pertandingan |
|
Muka macam nak kena lempang je...haha |