Sunday, June 24, 2012

ADA OTAK BIJAK TENTUKAN SENDIRI








Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri. Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput.


Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut. Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat jadinya. Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. 


Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja. Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.


Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya. Kita jadi bersemangat apabila kira merasa tenang. Bersemangat camni yang kekal powernya. 


Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya. Jadi, pandai-pandailah korang adjust time korang yer. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.





Friday, June 22, 2012

PULAU TERAPUNG MENAKJUBKAN GAYA HIDUP JUTAWAN






AUSTRIA: Sebuat bot yang sangat mewah dan ekslusif yang bercirikan sebuah pulau. Bot yang diberi nama Pulau Osros ini terapung direka dengan menawarkan gaya hidup mewah jutawan. Mempunyai enam buah bilik tidur mewah, bar, ruang santai, ruang makan yang moden, bilik air, ruang BBQ dan jakuzi ini boleh memuatkan 15 orang dalam satu-satu masa. Best kan?? Syarikat yang berpangkalan di Austria ini telah pun mula membuat protoip seterusnya akan dibina di Jerman dan Hungary dan berharap akan dapat dipamerkan kepada orang ramai hujung tahun 2013 nanti.












BAPA PALING SENGAL HERET BUDAK DI CHINA






CHINA: Tersangat-sangat sengal yer ayah kepada budak kat gambar dibawah ni.Patut ke atau tak patut dia buat anak dia macam tu??Dah takde tempat ke nak bawa anak dia bermain?? Kat atas jalan raya tu jugak yang dia bawa.Gambar ni telah ditangkap oleh seseorang yang kebetulan melalui jalan tersebut di daerah  Shaanxi, Barat China dan telah menimbulkan banyak bantahan setelah gambar ini dimasukkan ke dalam laman sosial.






sumber


WANITA MABUK GANJA PANJAT PENCAWANG ELEKTRIK



REPUBLIK CZECH: Seorang wanita yang menghabiskan masa hampir empat jam di atas pencawang elektrik terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat tiang pencawang elektrik setinggi 40 kaki setelah wanita beranggapan ia adalah sebuah jambatan. Jurucakap polis, Jan Macalikova berkata ia adalah satu pengalaman yang sangat ngeri kerana dia adalah di bawah pengaruh dadah yang sangat berbahaya dan tidak mendatangkan apa-apa hasil.










Thursday, June 21, 2012

PROMOSI 48 JAM TAMBANG MURAH AIRASIA





Anda masa kurang dari 48 jam sahaja lagi untuk menempah tiket tambang murah AirAsia

Pergilah melancong mana-mana yang anda suka

Promosi ni adalah bagi meraikan perlantikan CEO baru Ms Aireen Omar bagi menggantikan Datuk Tony Fernandez.

Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Bila lagi nak naik kapal terbang kan.

Naek sekali seumur hidup pon takpe. Hehehe







EVERYONE CAN FLY



NENEK 64 TAHUN JUARA PERTANDINGAN BINA BADAN






Perghhhh...giler mantap body nenenk ni. Jeles seyh tengok. Aku yang still muda remaja ni *mude kewww?* pon takde body camtu. Arghhhhhh !! Umur dah 64 tahun tu tapi body macam orang 20 tahun je.Ruby Carter-Pikes yang juga dikenali Mrs. Ruby telah memenangi banyak anugerah kecergasan yang disertai. Baru-baru ini beliau telah menjuarai FitScience Championship mengalahkan peserta yang jauh lebih muda dari beliau. Agak-agak apa rahsia nenek ni yer selain pergi gym??









Wednesday, June 20, 2012

GAJET EARPHONE PALING COOL UNTUK DIMILIKI








Antara koleksi "crazy earphones" yang direka oleh salah sebuah syarikat di Jepun iaitu Solid Alliance. Rekaan yang sangat stylish dan very the up-to-date ni sangat sesuai kepada korang-korang yang menginginkan sesuatu yang lain dari yang lain. Setakat ni aku tak jumpe lagi ada jual kat Malaysia earphones camni. Teringin gak nak pakai satu. Hehehe. Nak kena tempah ni tapi ade jual ke secara online??huhu.













SINGA PELIK BERWARNA HITAM LEGAM






Tak tahulah samada korang semua dah pernah tengok ke belum

Singa berwarna hitam?? Pelik je kan?

Serius aku pun tak pernah nampak sebelum ni.

Adakah ini ada kaitan dengan penyakit apa-apa seperti Albino yang berwarna putih tu??

Ada sesiapa maklumat mengenai singa berwarna hitam ini?











BAYANGAN MENGERIKAN BANDARAYA DUBAI YANG TERBENGKALAI





DUBAI: Walaupun aku tak pernah lagi sampai ke Dubai, aku dapat rasakan yang Dubai sekarang dah banyak berubah. Banyak bangunan pencakar langit telah dibangunkan di negara padang pasir itu.Berikutan daripada itu seorang jurugambar daripada British, Richard Allenby-Pratt yang memenangi pelbagai anugerah telah memberikan gambaran malapetaka mengerikan yang menimpa Dubai di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang terbengkalai akibat daripada kemerosotan global dan beban hutang yang menimpa. Sungguh mengerikan bukan. Huhu.




















ATOK BENGANG KENA TIPU DENGAN AWEK MUDA









REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu. 

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu. 

Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah"

Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.



FESYEN TOPI DIRAJA WANITA-WANITA BRITAIN





Memang nampak elegen, anggun, unik dan bergaya awek-awek britain nih

topi simple je tapi kalau pandai digayakan memang nampak seri pemakainya

Ada bermacam-macam rekaan topi yang boleh digayakan mengikut selera masing-masing

yelah sekarang pun musim panas kat sana, elok sangat lah pakai topi bila jenjalan kan

kalau korang perasan pon ratu diorang pon ada bermacam-macam koleksi topi ni

memang nampak cantik bila dipakai.