Monday, February 28, 2011

The Wanted Digilai Wanita Malaysia

THE WANTED


Actually aku pun baru tau pasal The Wanted kumpulan muzik yang sedang hangat diperkatakan sekarang nih. Kumpulan yang berasal dari United Kingdom ini dianggotai oleh lima anak muda iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness, Tom Parker dan Nathan Skyes. Dengan berbekalkan pakej yang lengkap untuk menjadi kumpulan muzik yang berjaya, sememangnya The Wanted menjadi kegilaan para wanita. So, kalau korang nak tau dengan lebih lanjut pasal kumpulan ni boleh klik kat SINI. Nak tengok video klip korang cari je la ek kat youtube. Banyak je kot. Ok. Tu je nak share hari ni. Bye2. Nak tengok pic ahli kumpulan The Wanted klik je kat bawah ni. k


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 27, 2011

Yuyu Zulaikha Sentap Dengan Pezol Stylez

Arghhhh!!! cik yuyu dah sentap ngan aku lah...huhu...tengok pezol, kan aku dah cakap, ko degil tak nak gi gathering ngan cik yuyu aritu...cik yuyu beria nak jupe kau...pastu ko lak tak nak...per kes??...kn cik yuyu dah majok tu...ala aku bukan tak nak gi cik yuyu tp abang pezol *abang??? Lempang laju2 nak??!* ada training olahraga petang tu kat stadium. Memang tak bley nak join. Lagipun hujan kan aritu kan? *byk la ko punya alasan kan pezol*


Memang mula2 dapat tau aritu cik yuyu nak wat gathering dgn blogger uthm...dah rasa teruja sangat nak jupe cik yuyu...tapi...tulah takde rezeki kan org kate...nak buat camna kan...sedih gak ni cik yuyu....wey!! pehal ko nak tacing2 plak ni brader...malu siot...kontrol macho tu...isk...tp takpe cik yuyu, len kali cik yuyu pi mai batu pahat lagi abang pezol pasti datang jumpe cik yuyu ok bley makan sama-sama...amek pic byk2...hehehe...jangan sentap2 lagi noh ngan Pezol Stylez...nanti tak kiut dan comel dah....hehehe. \(^_^)/




weyh korang!! aku konfius gk ni? apsal cik yuyu zulaikha tu nak jupe aku ek...sampai sentap tu tak dapat jumpe...cik yuyu suka ngan Pezol Stylez ekkk?? adeh...ramai plak skandal aku pasni....haha. bongek la kau pezol...kau tu je yg perasan nak mampos...yuyu zulaikha kan blogger femes skang nih...sapa la kau di mata cik yuyu. kan cik yuyu kan? ok lah...aku out dulu. kepada cik yuyu....sorry sgt2 tak dapat nk join gathering aritu ok. bye2.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sapa Awek Sebelah Aimman Ni

Ada sapa-sapa tau apa nama blog awek cantik dan manis ni?? Nak kenal-kenal lah.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, February 26, 2011

Kasut Pelik Macam Lady Gaging



Robert Tabor merupakan seorang artis dan pereka fesyen kasut yang sangat kreatif. Korang tengok jelah antara koleksi kasut yang beliau hasilkan. Very the stylish, unik dan meriah. Kepada korang-korang *wanita dan lelaki patah je ok*  yang nak inginkan kelainan dalam berfesyen boleh cuba pakai kasut-kasut rekaan beliau. Ada bran??? Yelah, asyik2 guna design yang sama je. Tampillah sekali skala dengan satu kelaianan. Confirm korang jadi perhatian orang ramai nanti macam icon selebriti fesyen pelik Lady Gaga tu. Hehehe. Jom tengok antara design yang Mr Robert Tabor ni buat. Cekidout!!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 25, 2011

Suami Tipu Tipu Isteri Lagi

Selamat Pagi!!. Camna sihat tak arini? dah sarapan blom? ke baru bangun tido nih? wakakaka. Ok lah hari ni nak share satu citer ngn korang pasal kehidupan berkeluarga suami isteri yang aku cedok dari PakarHowto. Ada pro dan kontra di sebalik citer ni. Layannn.

Seorang bos mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra dan ber'ehem-ehem'...*korang faham2 jelah*, sampai akhirnya mereka tertidur.

Bos tersebut tersedar pada jam 10 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya, dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya kelua, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, bos itu segera pulang ke rumah.


Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"ke mana abang pergi hah?...malam baru ingat nak balik?!"

"Abang tak mahu berbohong...sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam." , jelas bos itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah. Dia terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Abang bohong!!!...ni mesti pergi main golf la kan?..."


********************

Moralnya:

  1. Jangan sesekali berzina kerana ia adalah BERDOSA BESAR. Hukuman rejam sampai mati bagi orang yang dah kahwin.
  2. Jangan berbohong dalam apa jua keadaan kerana ia adalah satu dosa. ALLAH murka kepada orang yang menipu.
  3. Jangan balik lambat ke rumah kalau tiada apa-apa hal yang penting. Ingat, anak dan isteri anda senanti menanti kepulangan anda. Pulanglah segera menemui mereka kerana mereka sentiasa merindui dan memerlukan anda.
  4. Isteri jangan tengking atau marah suami sangat. Kalau ya pun suami ada buat silap, cakap lah dengan baik dan cari masa yang sesuai.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, February 24, 2011

Peluk Dan Cium Depan Orang Ramai

Wassup beeps!! *tiru anwar hadi punya stylez*. Caner petang ni? Tak kuar mane2 ke? Aku baru abes kelas kol 6 tadi. Habis kelas je terus aku memecut 150km/jam alik umah. Sampai umah je terus buang beg atas lantai. Pergi dapur bukak peti ais carik air. Minum!! Lega sudah tekak ku. 


Pastu pi semayang asar lu then bukak blog. Wah...byk stalker komen entry aku pasal Yuyu yg kecil molek lagi cute itu. Aku suke aku suke. Sesi berdebat komen pun bermula dengan jayanya. Habis berdebat komen ngn stalker2 Pezol Stylez, aku pi bukak nuffnang lak. Fuhh...byk jugak stalker2 intai blog aku nih...hikhik. mekacih...pastu..pastu...pastu *tarik nafas dalam2 lu* tekan kat keyword. Aik...pelik, konfius, bingung dan hairan aku dibuatnya.




Eh aku de ke tulis entry pasal peluk dan cium depan orang ramai. tapi kenapa 20 minit jer?. wakakaka. Blog aku jadi sasaran para penggemar seks bebas skang ni dah. Oh tidakkk!! Malu aku. Malunyer. Cepat nyorok bawah meja. hahaha. Wey, kat blog aku mana de entry2 camtu. Blog Pezol Stylez suci lagi murni tau. Salah channel lah. ish2. Ok lah. Malas nk taip panjang2. Lenguh kot. Aku nak rest jap. Pesanan aku kat korang jangan amalkan seks bebas depan orang ramai. Tak elok. Bahye2. hehehe. bye2


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Yuyu Zulaikha Patutlah Comel Orangnye

Skang ni tengah heboh satu blogger kat Malaysia pasal sorang blogger meningkat femes ni Yuyu Zulaikha. Hampir semua blogger dah kenal kot. Kalau tak kenal tu pandai2 lah korang carik sape. Tapi aku kenal blog dia jelah. Tuan punya badan tak tengok lagi. hehehe.

Dan nak dijadikan cerita, tengah aku dok jeling2 manja kat blog Ben Ashaari tadi tetiba lak aku terbace satu entry kat blog Ben Ashaari pasal Ben Ashaari duk dating snap-snap pic ngn Yuyu nih. *jelez dowh*. And guess what??? Yuyu Zulaikha ni kecik je orangnyer....patutlah entry2 yang Yuyu buat pun comel2 jge cam orangnye *jgn marah cik yuyu*. Hahaha. Aku suke aku suke. 

curi pic dari blog bro Ben Ashaari...haha

Ok lah, just nak share ngn korang je bagi sapa2 yg tak tau lagi pasal Yuyu Zulaikha nih. Dengar-dengar kabor, Yuyu Zulaikha nak wat gathering ngn dak2 UTHM ek jumaat nih. Tengok lah caner nanti, kalau takde pape abang Pezol *eeew....abang?? please lah* ngan member2 blogger UTHM akn gi beramah mesra ngan Yuyu Zulaikha ok. Cukup s.eatkat nih. Nak gi kelas plak pasni. Bye. See you later.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Gua Nak Join Bloglist Cekodok



Cekodok wat bloglist baru ek?...aku suke aku suke...bile dah suke, aku nak join lah. Korang taknak join ke?? Mesti nak kan? Klik SINI...Lama dh aku mengidam nak mkn cekodok nih...x sampai2...hari ni baru free nak makan cekodok....join bloglist cekodok sebab rasa cekodok sangat sedap kot...muahaha....blog cekodok ni skang dah comel tau  macam cekodok juge *ampu je lebey ni pezol*...cekodok!! aku xnak ar join bloglist khas....nk join bloglist biasa2 sudah *ecehceh merendah diri nampk pezol, padahal nak yg spesel*...cekodok!! aku laki tau...not wanita k....haha. Ok lah, aku cau lu, nak pi makan cekodok sat. Bye2


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saya Nak ! Saya Nak !



Teruja nak jadik pelakon. Jom join segmen Ben Ashaari ------> JOIN SINI


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Bekerja Dengan Lebih Tekun



Sangat teruja apabila dapat melihat pejabat macam ni. Rasanye tak pernah nampak lagi kot pejabat gini. 
Macam kerja kat spaceship pun ada aku tengok Pastu aku suka sangat dengan design meja yang sangat moden seperti 'bubble' itu. Menambahkan lagi seri dalam pejabat. Tapi kalau buat meja untuk aku study ok gak kot. hmmm. Pastinya korang akan dapat bekerja dengan lebih tekun lagi kot. Hebat-hebat. Tahniahlah diucapkan kepada Christian Pottgiessar kerana dapat menghasilkan design pejabat moden yang sangat menarik, unik dan stylez ini. Mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi lepas ni untuk mendekorasikan pejabat aku nanti. wakakaka.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Sengaja


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saya Blogger UTHM




Sebagai salah seorang member blogger UTHM tegar dalam dunia blog nih *eee....tegar ke?* dengan ini telah men'join'kan diri dalam segmen anjuran salah seorang admin Community of UTHM Blogger (COUB) iaitu saudara Syafiq Ridhwan aka Terompahcaring. Dengan lafaz yang tercungap-cungap dan hati berdegup kencang, dengan ini mengistiharkan bahawa:


SAYA, AWAK DAN DIA. KAMI BLOGGER UTHM.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, February 23, 2011

Kita Berpisah Jua Akhirnya



telah ku lakukan apa yg ku bisa…
telah kuberikan semua yg ku punya…
aku menyayangimu lebih dari ku menyayangi diriku sendiri….


ketika cintaku di uji dengan wanita…
aku memilihmu…
ketika cintaku di uji dengan harta…
aku memilihmu…


tetapi tidak dengan mu...
kau buat ku kecewa...
kau buat ku berduka...


kau dustakan semua cinta...
kau dustakan semua kasih…

kenangan seketika bersamamu...
pasti ku semat di kotak fikiranku...
selamat tinggal...

p/s: khas tuk org baru putus cinta ngn seseorang...susah tau aku karang ayat ni....huhu


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Air Asia Buat Hal Lagi

Wow!! Yay!! Promosi hebat. Promosi hebat. AirAsia buat promosi lagi lah bukan buat hal. hahaha. Aku nak aku nak *eeee...gediknye mamat ni*. Korang yang nak pergi melancong tu bolehlah usya2 tiket murah dari Air Asia ni ek. Tapi hanya untuk penerbangan dari 13 September 2011 sehingga 29 Febuari 2012 je. Jadi korang kena pandai bajet la bile korang rasa nak pergi. Tengok lah tarikh-tarikh korang bila free. Pergi lah melancong mana-mana. Promosi start hari ni 22 Febuari 2011 sampai 27 Febuari 2011 je tau. Siapa lambat tak dapat la ye. Kena cari promosi yang lain pulak. Hehe. Ok. Tu je aku share pagi ni. Have a nice day guys!!



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 22, 2011

Heliza Helmi Cuma Ada Aku

Ehem-ehem...tak pernah lagi nampak muka heliza yang kiut miut camni lam video klip. Tengok Heliza belakon Syurga Cinta tak la sampai kiut camni. Hmmm, boleh terbayang-bayang kalau tengok selalu ni. Hahaha. Sangat2 suka tengok Heliza camni. Korang suka tak?? Enjoyz!!



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Hadiah Untuk Anak Papa

Kiddimoto adalah moto kanak-kanak untuk si anak kecil korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia luar. Rasa best je kalau dapat tunggang moto kecik. Korang yang ada anak-anak kecil tu, beli je moto kecik camni. Baru nampak stylez. Skang dah maju, teknologi pun tinggi, makanya belilah yang menampakkan kenajuan sekarang. Takkan nak beli basikal je cam zaman kita kecik-kecik dulu kan. *ceh pezol !! banyak pulak duit ko nak beli kan?? Mahal kot*  Ok lah. Bagi sapa2 yang punya duit lebih tu boleh lah tolong belikn untuk anak aku satu ok. hahaha. Layanz.









KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Comel Je Header Blog Ni



Aku suke pulak tengok header blog Nabila nih. Comel macam orang nyer jugak. Entah lah, tak tahu nak cakap ape. Pertama kali bukak blog ni terus tertarik. Macam ada sesuatu yang menarik aku tuk memfollow blog ni. hahaha. Blog Nabila ni pun ringan je. Loading tak lama nak tunggu. Aku suke blog camni. Simple dan tak terlalu serabut dengan widget yang ntah pape. Kalau korang nak tau lebih lanjut ngan blog ni, try la jengok blog Nabila ni ok. Adios.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, February 21, 2011

Jom Berkenalan Dengan Skandal Aku

Berikut merupakan senarai 10 aktres tercantik di Malaysia bagi tahun 2011 berdasarkan TheRichest.org. Korang rasa cantik tak? Ofkoz la kan. Bagi aku kat Malaysia ni banyak lagi yang cantik-cantik. Tapi tu lah, lain orang lain lah 'taste' dia kan. Layanz.


[1] Carmen Soo, 33 tahun - Pelakon dan Model


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Azizulhasni Awang Juara Dunia Keirin

SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.


MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. 

sumber: KOSMO

Kami bangga dengan Azizulhasni Awang,  walaupun cedera kau tetap bangkit demi maruah negara. Syabas!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawatan Sambil Belajar Ke Moscow



Wassup guys...how are you doing?? Ceh..tetibe lak speaking mamat nih. Whatever!! *mata pandang kat ats, tangan letak di dada*. Ok hari ni nak bawak korang pergi melawat jamban pejabat bank kat Moscow. Kita akan ke Pejabat Bank Moscow yang terletak di bandaraya Kuznetsky Moscow. Nak watpe?? Jenjalan lah tengok design pejabat bank Moscow caner. Aku dengar-dengar tempat tu cam menarik je. Korang dah sampai sana nanti, jangan nakal-nakal tau. Tengok je dan jangan lupa catat apa yang patut ok. Jom kita gerak skang tengok design dalaman pejabat Bank Negara Moscow.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 20, 2011

Blog Pezol Stylez Sangat Teruk




Pertama kali aku dapat komen yang sangat menyentap hati pada hari ni kat shoutmix aku. Aku tau lah blog aku tak sehebat blog Ben Ashaari. Juga tak secantik blog Hanis Zalikha dan tak semanis blog Irene Marchello. Aku tertanya-tanya gak, apa yg teruk blog aku nih?? Entry nya kah?? design nya kah?? atau orang nya kah?? Kenapa?? Ada sapa-sapa bley tolong jelaskn?? 

Teruk sangat kah blog aku nih?? Hahaha. Very the emotional ini orang. Gile ke ape. Wey pezol!! Lantak lah budak tu nak cakap apa kat blog ko. Bukan ley dapat pape pun. Ko punya blog, suka hati ko lah nak watpe. Ingat blog budak tu bagus sangat ke? Tak kan. Follower ko ramai lagi kan dari dia?? Income nuffnang ko mesti lagi banyak dari ko kan??  *poyo  je* Habis tu, ko jangan layan lah budak physco tu. Just waste your time ok.

Ko teruskan je tulis entry best kat blog Pezol Stylez ko tu. Blog ko kan informative. Mesti ade blogger lain nak bace punya. Percayalah pezol, satu hari nanti blog ko akan femes jugak cam blog-blog yang femes skang nih. Tapi lama lagi kot nak femes. haha. Ok lah. Chill !! Dah jangan nak emo-emo lak. Buruk siot. Geli aku tengok ko macam tu. Macam ikan masin dah aku tengok.Hahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kau Nak Senang Je Kan

Serius stylez aku tengok Solowheel ni. Kalau pergi kuliah naik benda ni konfem tak letih. Siap boleh pusing-pusing lagi satu kampus. Hahaha. Tapi kena pandai seimbangkan badan la. Kalau tak reti nak seimbang, korang jalan kaki jelah jawabnya. Have a nice sunday!!



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Tak Masuk Akal


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tips Miliki Bentuk Badan Idaman



Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-

  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
  • Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
  • Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
  • Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
  • Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.

p/s: Bangun pagi sebelum breakfast , amalkan minum air suam, elok untuk jaga badan. Cubalah amalkan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Saturday, February 19, 2011

Nak Cari Kerja Kosong

Kalau korang rasa berkelayakan dan berminat sila lah rajin-rajin hantar resume korang kat syarikat-syarikat kat bawah ni. Kalau ada tuah, boleh lah kerja kat 10 syarikat individu terkaya di dunia bagi tahun 2011 ni. Ada berani??


CARLOS SLIM HELU - $53.5 Billion
Telecom, Mexico


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Pelik Atau Unik



Antara rekabentuk kandang apartment yang aku boleh kategorikan pelik dan unik. Sebab apa?? Sebab rekabentuk apartment camni jarang arkitek-arkitek kat Malaysia nak buat. Apartment kat negara kita biasa je designnye. Tapi tak kesah lah camna pun kan. Yang penting boleh duduk kat dalam tuh...mungkin ada sebab reka camtu. Straight to the point, rekabentuk semua apartment ni adalah hasil kekreatifan arkitek kat luar negara. Tengok pon dah teruja nak duduk situ. Mesti best. Sapa tak nak kan kalau dapat tengok benda pelik-pelik dan unik secara lebih dekat. Mungkin aku boleh bagitau bahwa "pelik itu cantik". Betul ke? Hahaha. Ntah aku pun tak tahu. Ok. Korang layan jelah gambar-gambar kat bawah ni ek.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 18, 2011

Kalau Berani Tengok Lah

Aku tak tahu nak cakap apa ngan mamat ni. Ini baru betul mamat getah macam citer kartun One-Piece tu. Mungkin ini satu kelebihan yang dimiliki oleh mamat ni tuk jadi seorang yang bertuah. Nak kata penyakit kulit takkan kot. Tengok relaks je brader ni. Takde rasa sakit pun. Memang mamat ni punya kulit seperti getah yang boleh memanjang. Jom kita saksikan sama-sama.



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Jom Sertai Bloglist IR @ Blog Lebah




Blog IR wat bloglist baru lah tuk blog beliau. Best ni best ni. Sapa taknak join blog femes macam blog IR ni. Kalau korang nak trafik blog korang naik jom join sama-sama. Kalau korang nak tau blog IR ni ramai org view tau...so jangan lepaskan peluang korang tuk mempromosikan blog korang kat sini. Mesti meletups you all. Hahaha. Ok lah. Aku ade keje nak wat nih. Jangan lupa join blog IR yang femes nih. Terhad kepada 150 bloggers terawal jek. Nak join? Korang klik je banner kat atas tu. k. adios!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Setiap Hari Adalah Cinta



*play diz song while you read diz entry k*


Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta ? Sebenarnya setiap hari yang korang lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine lah.

Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada korang nak sambut bagaimana.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lenguh Pulak Aku Jenjalan Nih

 


Selamat pagi. Korang sihat? Hari ni nak buat entry pasal bangku lak. Kalau korang pergi jalan-jalan kat bandar mesti korang dah biasa tengok bangku kan yang kena letak tepi jalan tuh? Letih-letih jalan korang ley duduk jap. Ada macam-macam jenis design yang korang ley tengok kat tempat korang. Semua bangku-bangku yang ada kat tempat negara kita. Tapi bagaimana pulak bangku-bangku kat luar negara? Nak tengok design nye camna? Jom kita pi tengok sat. Korang pasti sukakan nya. hehe


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, February 17, 2011

Terjah Blogger Pilihan

Dah lama blogger ni suh aku review blog die nih. Tapi baru sekarang aku boleh jeling2 manje kat blog ni. Pertama kali tengok biasa je..tengok header blog lebeh kurang cam aku je lawanya...then aku godey2 la blog ni. cari apa yang best...dan korang nak tau apa yang best tentang blog ni? mestilah dengan entry2 yg dia buat. Serius best...tak tipu punyer....bahasa yg digunakan mmg sempoi giler. Aku suka blog2 camni. Simple dan tak terlalu berat tuk korang baca dan faham apa yang cuba disampaikan. Jom sama2 kita terjah blogger ni....UJANG. Kalau korang rasa blog ni best...korang follow la beliau ek..tak rugi.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Nak Sangat Benda Aneh Ni

Ada sapa2 nak bagi aku satu tak? hahaha


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 15, 2011

Teringin Nak Tembak Orang



Swiss mini gun merupakan pistol terkecil di dunia yang mempunyai fungsi yang sama dengan pistol biasa. Sangat stylez seyh. Tapi timbul beberapa soalan apabila menggunakan pistol ni. Camne kita nak tekan picu kalau lubang nk masuk jari pon kecik. Tak muat  la der. Pastu boleh mati ke kalau kena tembakan dari pistol ni? Lawak je. Mesti peluru untuk pistol ni ditempah khas sebab peluru dia pun mesti kena kecik juga kan. Hmmm....ikutlah nak buat macam mana pun. Tapi macam tak cayer je kan tu pistol betul. Nampak cam key chain je kan. huh!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H



Di kesempatan ini, aku nak ucapkan kepada korang yang beragama Islam, Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Untuk tahun ini, tema sambutan Maulidur Rasul 1432H bagi peringkat kebangsaan adalah "1 Malaysia 1 Ummah". Sama-samalah kita hayatinya. Siapa-siapa yang boleh pergi berarak esok tu..korang pergi lah yer. hehe. Tu je. Jumpa lagi..;p



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Cara


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Mana Yang Kamu Cintai



sumber: iloveislam


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Gempar Pejabat Facebook Diterjah



Gempar ke? Takdelah saja nak kasi gempak sikit pagi-pagi ni. Nak bagi korang tengok pejabat facebook je. Pejabat rangkaian laman sosial terkenal dunia iaitu facebook mempunyai pejabat yang sungguh relax, simple, sempoi dan menenangkan. Tengok saja gambar yang ada ni, aku pasti korang mesti merasakan bukan seperti apa  yang korang sangkakan. Yelah mungkin ada sebab diorang buat pejabat macam ni kan. Aku memang suka sangatlah kalau dapat pejabat macam ni. Serius suka. Aku ingat kalau ada kerja kosong kat sini , aku nak try la minta. hahaha. ok lah, jom kita terjah apa yang ada kat dalam pejabat abang Mark ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 13, 2011

Bulu Matanya Nampak Stylez Lah



Entry kali ni adalah berkisarkan mengenai  aksesori orang perempuan saja. Orang lelaki boleh tengok je. Nak pakai baik jangan. Nanti termuntah hijau aku tengok. Hehehe. Antara koleksi bulu mata palsu untuk orang perempuan boleh pakai ke majlis kenduri-kendara, majlis hari jadi dan macam-macam lagi. Kalau nak pergi shopping dengan pakai bulu mata camni pon ok jugak kot. Baru nampak meriah. Nanti semua orang tengok dan kata "minah sesat mana lak ni, shopping ngan bulu mata pelik". Tapi serius, memang stylez. Haha. Ok lah, korang layan jelah bulu mata palsu ni. Berkenan korang beli lah sendiri orait.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Siapa Peduli Dia

Siapa mahu peduli? 
Siapa mahu kesah? 
Siapa mahu ambil tahu? 
Siapalah dirimu...
yang mahu diberi perhatian, 
yang mahu dicintai, 
yang mahu disukai, 
yang mahu dirindui...
siapakah dirimu? 
Siapakah gerangan orang yang mahu ambil peduli? 
Siapakah orang yang mahu menyelami sanubari? 
Siapakah dia yang mahu mengerti emosi? 
Siapakah dia? 
Apa yang tidak cukupnya? 
Apa yang tidak kena? 
Apa yang dicarikannya? 
Kesenangan? Kebahagiaan? Ketenangan? 
Atau apa? 

Kesempurnaan? 
Mana boleh sempurna! 
Setiap orang pasti ada kurangnya...pasti ada kelemahannya. 
Belajarlah menerima kelemahan yang ada. 
Jangan asyik dok mengkritik. 
Jangan seronok berangan saja. 
Belajarlah mengenal kelemahan. 
Belajarlah memahami kekurangan. 
Terimalah seadanya. 
Agar segala kelemahan menjadi kebaikan. 
Setiap orang ada kekuatan...pasti juaga ada kelemahan. 
Siapa yang dapat faham kekurangan, boleh terima kelemahan. 
Kemudian dia buat pembaikan. 
Maka beruntunglah dia.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Friday, February 11, 2011

Peraduan Teka & Menang Dari Pezol Stylez



Alhamdulillah, hari ini 11.02.11 genaplah 3 bulan aku berblogging dalam blog Pezol Stylez secara serius. Sehingga detik ini, blog Pezol Stylez kini mempunyai 1499 follower. Satu perkara yang tidak aku jangkakan bahawa blog Pezol Stylez ada juga yang sudi untuk membacanya. Thanks guys. Love you all. Ok, aku malas nak tulis banyak2. Mesti korang penat nak baca kan? Aku faham. hehehe. Kita teruskan ke agenda utama iaitu Peraduan Teka dan Menang. 


Baiklah, soalan aku senang je...kalau korang bijak cuba teka ni:

[1] Pulau yang sangat cantik. Apakah nama pulau ini dan terletak di negara mana ??




[2] Di antara jalan raya yang sangat merbahaya dilalui di dunia. Dimanakah jalan raya ini terletak??




[3] Berapakah jumlah nilai duit syiling ini?? Ade lima sen, seposen, dua posen dan lima puluh sen.

  



Syarat-Syarat:
  • Sesiapa sahaja boleh join peraduan ni.
  • Letakkan tajuk "PERADUAN TEKA DAN MENANG DARI PEZOL STYLEZ" dalam entry korang.
  • Sila letak banner peraduan dalam entry korang dan linkkan ke blog Pezol Stylez
  • Buat review ringkas blog Pezol Stylez dengan disertakan jawapan peraduan. Segala cacian, pujian, saranan dan sumbangan idea amatlah dialu-alukan.
  • Tinggalkan link entry peraduan korang dalam  entry ini.
  • Hanya 3 pemenang sahaja yang akan dicari.
  • Pemenang akan ditentukan melalui tekaan jawapan yang TEPAT sahaja bagi ketiga-tiga soalan.
  • Jika terdapat lebih daripada tiga pemenang, makanya satu undian akan dibuat.
  • Sila tag kepada seberapa ramai yang korang rasa nak join peraduan ini.

Hadiah:
  • Pertama: Tambah nilai RM10 RM20 + blog review
  • Kedua: Tambah nilai RM5 RM10 + blog review
  • Ketiga: Tambah nilai RM3 RM5 + blog review

Tempoh peraduan:
  • 11.02.11 sehingga 11.03.11


p/s: tips soalan 1 dan 2 ada di dalam entry aku yang lepas. Sila cari ye sampai dapat.

SEMOGA BERJAYA !!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Thursday, February 10, 2011

Tin Minuman Bertukar Jadi Kereta



Seorang artis dari New Zealand iaitu Sandy Sanderson telah mencipta kereta mini yang diperbuat daripada tin minuman kosong terpakai. Dengan mengumpulkan tin-tin minuman kosong yang pada hemat aku takde guna langsung itu, beliau telah membuat sesuatu diluar jangkaan. Sangat menakjubkan bukan. Beliau menggunakan bahagian bawah tin sebagai roda kereta mini tersebut dan bahagian tin yang lain untuk badan kereta. Jom kita tengok antara hasil kerja yang beliau lakukan.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia Tewaskan Hong Kong



Tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kerana sekali lagi menunjukkan kecemerlangan dalam arena sukan bola sepak di pentas antarabangsa dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas pasukan dari Hong Kong di dalam perlawanan persahabatan. Walaupun tak semeriah semasa kemenangan Piala AFF Suzuki tempoh hari tetapi semangat penyokong Malaysia tetap utuh dalam memberikan sokongan moral kepada pasukan kebangsaan. Diharapkan selepas ini pasukan bola sepak Malaysia akan terus gemilang dan bergemerlapan di pentas antarabangsa. Tahniah sekali lagi. Yeah !! 


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Awas Anda Sedang Diperhatikan



Korang jangan terkejut apabila datang ke rumah aku kalau nampak benda ni. Korang tau tak apa tu?? CCTV kan? Tapi korang telah tertipu dengan pandangan mata korang jer. Itu bukan CCTV, itu adalah lampu yang dinamakan sebagai 'Spoticam' dan direkabentuk seperti CCTV. *gelak kuat-kuat jap* Amacam stylez tak?? Mestilah kan. Lampu ni dicipta oleh Syarikat Antrepo Design. Korang boleh pasangkannya di atas meja ataupun di dinding. Better korang letak kat dinding la kan. Baru nampak real cam CCTV. Jom tengok gambar yang lain pulak.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Boleh Tolong Diam Tak



Dunia teknologi semakin canggih. Antara contoh koleksi tahun baru alat pembesar suara a.k.a speakers kini boleh dilihat dimana-mana. Yup, ada di mana-mana. Tak tipu punya. hehehe. Dengan rekabentuk yang cool dan stylez yang terdapat padanya pasti akan menjadikan bilik korang penuh dengan alunan muzik yang menghiburkan. Jom layan speakers pula hari ni. Siapa-siapa yang ada duit lebih, silalah bermurah hati tolong membelikan aku satu ok. Satu sahaja. Jasa kalian pasti akan dikenang sampai bila-bila. muahahaha.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tuesday, February 8, 2011

Aku Peduli Apa



Korang pernah pergi ke pusat-pusat kecergasan tak?? Dalam bahasa mudahnya pergi gymnasium la. Pergi gymnasium sudah pastinya nak jaga kesihatan tubuh badan. Yang lelakinya sudah semestinya menginginkan tubuh badan yang berketak-ketak manakala yang wanitanya mahu tubuhnya kelihatan langsing bak semut api. Tapi kalau korang tengok pusat kecergasan kat luar negara ni, pasti korang akan tertanya-tanya samada ini pusat kecergasan atau bukan. Serius tak bley blah punya pusat kecergasan. Korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Lawak Kampus : Bedah


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Tunduk Tandanya Hormat

Tahukah anda sebenarnya tidak kurang dari 24 kematian telah direkodkan setiap tahun di mana berpuluh-puluh lagi kes telah berlaku ekoran daripada keretakan tengkorak serius yang sering melanda penduduk Jepun.

I7348411-33


Mengapa perkara ini berlaku keatas mereka? sedangkan negara lain tidak mengalaminya sedemikian rupa?
Ini berpunca daripada sikap rakyat tersebut yang suka mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain sejak dahulu kala lagi.

Bagaimanakah perkara ini berlaku?
Perkara ini berlaku ekoran daripada amalan mereka yang selalu malah kerap terantuk kepala mereka dengan menundukkan-nundukkan kepala sebagai tanda hormatnya kepada seseorang.

Hurm...Syukur Alhamdulillah kita dijadikan sebagai umat islam yang agamanya tidaklah sesukar mana untuk didalami sedalamnya dan tidak pula ia menyukarkan pergerakan kita sebagai hambaNYA. Sesungguhnya agama Islam itu indah dalam sagala peradaban kita.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Monday, February 7, 2011

Peraduan Teka Dan Menang

Agak-agak kalau aku wat peraduan ada tak orang nak join ek? Actually, memang dah lama pasang niat nak buat peraduan nih. Aku tengok macam best jek. Tapi aku tak tahu lagi nak buat peraduan ape?? I have no idea to think right now. hehehe. Tapi memang aku nak sangat2 buat. Pasal hadiah tu korang jangan risau lah. Mesti ada punya. Dah nama peraduan kan. Kenalah ada hadiah kan? Kalau tak, bukan namanya peraduan kalau camtu. Mungkin dalam beberapa hari lagi aku akan buat pasal peraduan ni sekaligus menyambut ulangbulan ke-3 *bukan ulangtahun ok* aku berblogging atas nama Pezol Stylez pada 11.02.11 ni *lawa pulak nombor nih.hehehe*. Mungkin dengan cara ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara aku dengan bloggers di luar sana. Amacam?? korang setuju tak?? Kalau setuju sila komen kat entry ini ok. Tu je. Bye.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Kek Organ Memang Stylez



Hello guys. Ada sapa-sapa yang sambut hari jadi tak hari ni? Kalau ada aku nak ucapkanlah happy birthday kat korang yer. Nak kek?? Meh tengok sini. Pilih lah kek mana yang korang nak. Kek ni dihasilkan oleh chef-chef di luar negara dengan tema organ dalaman dan luaran manusia. Sungguh stylez dowh. Korang berani makan tak?? Jangan malu-malu atau segan-segan. Mungkin lepas ni, kalau ada member2 korang yang sambut birthday bolehlah buat kek seperti ini. Baru meriah kan? Ok jom tengok antara kek yang sangat 'menyelerakan' yang korang boleh tempah nanti. yuks!!


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Buat Yang Terbaik



Hari ni dah start kuliah setelah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Yay!! Rasa sangat happy jer sebab bley jumpa dengan kengkawan seperjuangan untuk menuntut ilmu. *padahal sedih sbb cuti dah abes...huhu* Tiap kali tahun baru mesti korang ade azam baru kan. *eh bukan tahun baru dah lama ke sambut* Yang ni azam sempena tahun baru cina lak. hehehe. Sempena tahun baru ni, azam aku ingin menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam menambah ilmu pengetahuan. Sebagai seorang student, kenapa perlu berjaya? Eh nak tanya korang lah. Kenapa orang berjaya sentiasa mahu menambah ilmu? Sebab apa?


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Sunday, February 6, 2011

Malam Pesta Muda Mudi

Tetiba je rasa cam nak karok je malam-malam ni. Yelah cuti sempena tahun baru cina pon dah abes. Esok pun dah start kuliah macam biasa. Hehehe. Tak sabar je rasa nak bukak buku lagi. *eeeew...poyo nyew* Maklumlah time2 cuti memang tak bukak buku langsung. Dah nama cuti kan. Makanya haruslah kena bercuti. Cuti-cuti jugak tapi blogging memang tak tinggal langsung. hahaha. Ok lah..sapa-sapa yang nak karok ngan aku ni, silalah yer. Karok ramai-ramai baru besh. Tak gitu. Orait guys. Lets sing together Grenade by Bruno Mars



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Gegar 1000 Blog Oleh Ben Ashaari



Segmen terbaru dari Ben Ashaari iaitu GEGAR 1000 BLOG. Wah tengok tajuk je mengancamkan. Memang stylez lah Ben Ashaari. Korang diberi masa selama 3 hari je tau untuk join segmen nih. Sekali lagi diingatkan 3 hari. Ok. Apa yang korang perlu buat just tulis ayat ini:


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MENBACA BLOG. ANDA BAGAIMANA??


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT SETERUSNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...