Sunday, December 25, 2011

PENCARIAN BLOGGER AKTIF OLEH MIALIANA.COM




Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011




Yup..aku seorang blogger aktif. Hari-hari aku ade update sekurang-kurangnya satu entry. So dengan rasminya saya JOIN segmen ini dengan hati yang gumbira. Katenya kan. Rasa macam best join segmen ni. Boleh kenal ngn ramai blogger lagi pasni. Mana tau jumpe jodoh kan...

Yelah baru-baru ni pon aku ade mimpi kena gigit ular uols kalu nak tahu. Bukan sekali tapi dua kali. Korang tau apa maksudnya?? AKAN DAPAT JODOH DAN MENIKAH. OMG...awl giler nak kahwin. Belajar pon tak habis lagi nih. Nak kahwin apa duit pon takde. Adoyai. tapi kalau dah dapat jodoh awal tu..alhamdulillah. hehehe. Eh melalut pulak aku ni. 

Ok lah. Sapa-sapa yang rasa blogger aktif tu, korang join la segmen ni ek. Tak rugi. Klik SINI kalau nak join yer. Bye



KOTA AIS DAN SALJI DI CHINA MENAKJUBKAN

Wah...ini memang terbaik. Kota ais dan salji musim ini menjadi daya tarikan baru di China sempena festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin yg ke-28. Kalau dah nama kota mestila tempat tu besar kan. Aku tengok gambar-gambar ni pon dah rasa teruja nak lepak2 kat sana. Dan apa yang pasti kota ini akan mejadi kota yang paling sejuk di dunia dengan monumen-monumen yang sangat menakjubkan. Jom apa lagi..moh la kita ke negeri China. Hahaha











p/s: melancong itu best

Saturday, December 24, 2011

SITI NURHALIZA MADONNA MALAYSIA DALAM GLAM











Akhirnya, keluar gak keempat-empat gambar cover majalah GLAM iaitu menjadikan penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza untuk edisi januari tahun depan. Konsep yang ingin diketengahkan dalam cover majalah GLAM ni adalah menjadikan Dato' Siti Nurhaliza seperti Modonna. 

Ermmm..bagi aku tak nampak pon sisi mana yang boleh menjadikannya seperti gambar Madonna. Tapi takpelah, memang sesuai sangat la Dato' Siti Nurhaliza dijadikan pembuka tirai tahun 2012 untuk cover majalah GLAM. Keseluruhannya, sume nampak cantik tapi personally aku suke pic pertama sebab dalam gambar ni tampak lebih anggun, bergaya dan kelihatan mewah. Korang pulak macam mana??








p/s: masih menunggu perubahan imej dato' siti ke arah yang lebih baik. semoga terbuka pintu hatinya

sumber: beautifulnara.com



CHERYL COLE IKON RAMBUT 2011

Aku tak tahu samada korang kenal atau tidak siapa Cheryl Cole ni. Bagi siapa-siapa yang pernah rancangan realiti macam x-factor uk ke mesti korang perasan dia nih. Dia jadi juri kot. Baru-baru ini Cheryl Cole ni telah dinobatkan sebagai Ikon Rambut 2011 dengan mengalahkan penyayi terkenal iaitu Rihanna, Beyonce dan Kate Winslet. 

Memang betul lah kan..bagi orang pomwan, rambut ni adalah mahkota. Jadi, rambut memainkan peranan yang cukup penting dalam menyerlahkan lagi kejelitaan seseorang itu. Tidak hairanlah, ramai wanita yang sanggup berhabisan beratus-ratus ringgit hanya kerana ingin rambutnya cantik. Apa-apa pon bagi org Islam, rambut tu tetap aurat yer bagi wanita. Ingat tu. Lelaki tak pe. Hihihi





p/s: rambut lelaki tak aurat tau...ley wat fesyen best2



BIARKAN AKU JADI MATAHARIMU




*nak feeling lebih play kagu nih*

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….^_^



NYANYI SEDAP SUARA POWER DAPAT RM15.7 JUTA

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja berusia 19 tahun, Melanie Amaro menjadi warga AS pertama memenangi pertandingan nyanyian The X Factor kelmarin. Kemenangan itu melayakkan Amaro memperoleh kontrak rakaman lumayan bernilai AS$5 juta (RM15.7 juta) dan kontrak iklan Pepsi. (berita selanjutnya)

Aku pon layan gak x-factor ni walaupun hanya tengok kat youtube. Actually Melanie Amaro ni bukanlah aku punya peserta feveret dalam rancangan ni. Aku lebih suka kepada peserta perempuan berumur 14 tahun Rachel Crow sebab suara memang mantap lagi dari Melanie Amaro nih. Tapi tu la undian berdasarkn peminat kan. Rezeki tak menyebelahi dia. Pape pun tahniah sume.














Friday, December 23, 2011

NAK PERGI LONDON NAIK BAS TERUJA

Serius smart bas london ni. Bukan apa aku teruja je tengok design bas ni. Sangat macho kot dan memang taste uols nak naik. Lagipun merah is my feveret kaler ok. Tu yang menarik tuh. Rasa nak pergi melancong kat london pulak cari bas ni. Haha. Aku kalau berangan memang nombor satu. Adoi. Takpelah. Satu hari nanti aku akan sampai london jugak. InsyaAllah. Hehehe.












p/s: naik bas lagi jimat kan??



GEMPAR PAKET STOKIN BERDARAH COMEL

Kreatif sangat paket stokin simpan darah ni kan?? Direka oleh Kiseung Lee untuk menggalakkan orang ramai menderma darah sempana cuti perayaan krismas tak lama lagi. Bagi aku memang comel sangat tapi belum dapat lagi menarik aku tuk mendermakan darah aku. Hahaha. takut woo kene cucuk jarum besar. Hihihi.









p/s: menderma itu satu sedekah



RANGKING BOLA SEPAK FIFA MALAYSIA MENINGKAT

sumber:  facebook supporter harimau malaya



SKUAD bola sepak negara terus menikmati peningkatan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ia seolah-olah membuktikan betapa seriusnya Malaysia untuk berada dalam kalangan 70 pasukan terbaik dunia. Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah.




Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993. Menerusi kedudukan terbaharu itu, pasukan negara kini setanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150). Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145). 




Peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas. Sementara itu, kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.


sumber 1 : FIFA
sumber 2 : kosmo

Thursday, December 22, 2011

PEMENANG GAMBAR PALING MENAKJUBKAN NATIONAL GEOGRAPHIC

National Geographic telah membuat pertandingan fotografi gambar paling menakjubkan sepanjang  tahun 2011 dengan menyediakan 3 kategori untuk dipertandingakan seperti kategori nature, tempat dan manusia. Memang gambar-gambar yang diambil sangat menakjubkan. Aku sokong dengan pemenang hadiah utama ini. Gambarnya memang nampak sungguh menakjubkan Bukan calang-calang orang boleh ambil gambar macam ni. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang yang berjaya.


HADIAH UTAMA DAN KATEGORI NATURE


PEMENANG KATEGORI TEMPAT


PEMENANG KATEGOTI MANUSIA



 Untuk maklumat lanjut korang klik SINI.



PISAU ELEGAN DAN MENAWAN IDAMAN TUKANG MASAK

Ermmm...elegan tak pisau ni?? bagi aku ok la. Kaum-kaum wanita mesti suka dengan pisau ni. Cantik katanya. Nak masak pon nampak semangat je. Direka oleh Mia Schmallenbach dari keluli tahan karat dengan pelbagai jenis pisau seperti pisau pemotong daging, pisau untuk apa saja benda nak kupas, dan pisau chef. Jadi secara keseluruhannya, pisau ni memang sesuai tuk kaum-kaum hawa yang suka memasak tu yer. Kaum adam pun suka gak. Hehehe










p/s: sedang makan malam



BERAT BADAN AKU UNGGUL KAU ADA





Korang rasa berat jisim badan korang ideal tak?? Yelah..semua orang nak sihat kan. So bila korang nak sihat, korang kena pandai jaga pemakanan dan seimbangkannya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila berat badan korang ideal, makanya di sini korang sihat iaitu bebas daripada sebarang penyakit yang berbahaya. 

Apa kata korang isikan data berat, tinggi dan umur korang di dalam aplikasi kat atas tuh...klik SINI...mesti korang nak tahu samada berat jisim badan korang berapa kan?? Mungkin ada yang dah tahu tetapi tak salah kalau nak cuba gak. Mana tau ada perubahan ke apa. Pengamalan gaya hidup yang sihat ni perlu ada tau. Sejak kecil lagi kita patut mengamalkan cara hidup yang sihat.

Aku pon telah isi aplikasi macam kat atas tu tadi dan hasilnya jisim berat badan aku adalah unggul...terbaek gitohhh kan. Siap ada doodle lagi. Korang pulak amacam?? ideal tak ideal?? Jom klik SINI kalau nak tahu samada berat jisim badan korang ideal atau tak.




p/s: bersukan itu best!!



BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL 18SG

Malang sememangnya tak berbau. Bahaya akan sentiasa mengekori kita di mana-mana sahaja. Kecuaian atau kelalaian samada perbuatan disengajakan atau tidak patut diberi perhatian yang tinggi. Walaupun maut itu kita tidak ketahui tapi pasti akan datang pada bila-bila masa. Jadi, kawan-kawan sila berhati-hati yer dalam apa jua perkara yang kita lakukan seharian. Peace ^_^.