Sunday, February 6, 2011

Buah Pisang "Low Standard"


Korang suka makan pisang tak?? Eh Sedap ke pisang ni?? Ada orang cakap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung. Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class…kata mereka.


Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2 yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.


Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.


Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena pelbagai jenis penyakit. Menurut kajian yang dijalakan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut ;


Kemurungan
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.



PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah. Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.


Anemia
Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.


Tekanan Darah
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.


Mencerdaskan Otak
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.


Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.


Gigitan Nyamuk
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya pasti berkesan.
* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan untuk gigitan cinta…hehe.*


Masalah perokok
Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.



Stress / Tekanan
Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.


Strokes
Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa, amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.


Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.



Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu manusia dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah penawar yang mujarab. Kita rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur kerana di Malaysia, pisang sangat mudah didapati dan sangat murah.

Jika nak dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik samaada daripada segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan protein dalam pisang adalah 4 kali lebih banyak daripada epal. Karbohidarat 2kali lebih, Phosphorus 3 kali lebih, Vitamin A dan Iron 5 kali lebih, mineral dan vitamin lain adalah 2 kali lebih banyak daripada epal.

Sekarang…adakah anda masih lagi beranggapan bahawa Pisang adalah buah yang low class?? Saya kini telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran saya.

Anda bagaimana??!!


sumber: pakarhowto

16 comments:

cik 18 said...

buah pisang sangat sedap...

nk diet mkn pisang pon ok..kan kan?

Anonymous said...

patutlah tgk monyet ceria dan cergas...huhu..sbb dia suka makan pisang...terbukti tu

Unknown said...

@cik18: aah...sedap sgt2

Unknown said...

@azhar: kene blajo dari monyet lah....;p

.:padie_eyla:. said...

tibe tibe aku rase nak jadi hantu makan pisang. haha

shadowz said...

bananananananana... hehe

Unknown said...

@eyla: hantu pisang....larrikkkK!!!

Unknown said...

@shadowz: yuppp.....!!

sud@is said...

kalu diebetis x elok makan pisang

Unknown said...

@sudais: oh ye ker? ok

Mukhlisah said...

pisang is nyawa ku!
hahaha
sedap tau..sape kate low standard tu mmg kesian dy..
sbb dy la kuno
hahaha;p

Unknown said...

@sara: betul tu....psang high standard kn...hehe

liya alia said...

cis! sape yg kate buah pisang ni law standard nih..
my fav tu..
haha..
xsngka my fav ni byk kebaikkan..
tu la taw mkn ja..
heeehe :)

Unknown said...

@armouris: ok.thnks

Unknown said...

@raziellia: haha...skang da tau kn..so mkn piang bnyk2 k...hehe

naqiah said...

sy pun ad juga,.. tp x best pun.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...